Tuesday, June 4, 2013

Leuniey Kini Berhijab

Leuniey  Kini Berhijab, Bakal Kerjakan Umrah Dengan Apex

KUALA LUMPUR, 30 MEI 2013: Isteri kepada penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha akui dia kini sudah berhijrah dan kekal berhijab.
Tiada paksaan daripada sesiapa, Leuniey berkata sudah tiba masanya untuk dia berhijrah, lebih-lebih lagi dia dan suami bakal mengerjakan umrah pada ramadan ini.
"Sebenarnya saya baru sahaja berhijab penuh sejak 2 minggu lalu dan sekarang sedang dalam proses untuk biasakan diri bertudung apabila keluar. Bukan apa, terus-terang saya sudah lama simpan niat untuk bertudung ini Cuma tunggu masa saya benar-benar bersedia untuk tampil kekal dengan berhijab. Tak mahu lah jadi bila rimas dan panas saya suka-suka bukak.
"Lagipun saya dan Apex bakal mengerjakan umrah pada ramadan ini, jadi saya mahulah belajar untuk bertudung sepenuhnya sebelum ke tanah suci nanti," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Bercakap mengenai pengalamannya yang pertama kali bertudung litup sepenuhnya, Leuniey memberitahu pada mulanya agak sukar baginya untuk menyesuaikannya, namun lama kelamaan ianya menjadi mudah.

Read more here:

No comments:

Post a Comment